CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, October 22, 2008

Kelabu =(

Ada rasa benci yang sangat banyak,
pada apa yang sedang aku lalui kini.
Ada rasa ingin melepaskan semua.

Bila seorang yang besar merasa tahu akan semua...
sebenarnya dia tidak tahu apa2.

Selagi ada hari, ada matahari,
aku akan cuba bertahan.
Jangan tanya sampai bila.

I haven't proof anything yet,
too bad,
I don't have a mood, even to proof a thing.

Sunday, September 21, 2008

Malaikat Penjagaku

"24 tahun ibu jaga kamu, tak kan sebulan lebih tak bole...
selagi ada ibu, kamu tak perlu bimbang"

Sunday, September 14, 2008

Aku Ingin Segera Pulang

Aku pegi pekan semalam,
Sesat.
Jalan berliku,
tak nampak penghujung...
Aku tahu ini bukan tempat ku.

Ada kupu-kupu hitam yang bertanya,
sampai bila aku ingin terus sabar?
dan aku jawab selagi aku boleh sabar.

Aku jalan lagi,
Ada semut merah datang menyapa.
Semut sibuk nak tanya.
Aku suka ke tidak?
Aku jawab,aku tak suka, tapi tiada pilihan.
aku terpaksa, "at least for the time being".

Jauh aku jalan lagi...
kali ini ada kunang-kunang kuning yang mengikut,
dia smpaikan berita,
katanya ada angin yang terbangkan cerita.
Angin terbangkan cerita bersama debu,
memedihkan mata, menyakitkan hati.
aku jadi penat. jadi sangat lelah.

Aku tak nak berhenti,
aku terus jalan.
Jalan sampai aku tak jumpa siapa2.
Aku tunduk,
hati sedang pecah.
rasa sangat sakit.

Aku ingin berhenti menjawab.
Aku ingin berhenti melakukan perkara yang aku tak ingin lakukan.
Aku ingin pulang segera =(

Aku ingat kembali pada
Sang kupu-kupu hitam,
Si semut merah,
Kunang-kunang Kuning.

Aku tak kan pernah lepas dan lupakan,
harapan yang aku genggam,
Aku harapkan satu lagi pertemuan,
dengan ketiga-tiganya.
Untuk nanti aku kabarkan,
Aku telah pulang...

Friday, September 12, 2008

PeLangi

Ada orang-orang yang penting dalam hari-hari yang aku lalui.
Orang yang aku sangat perlu,
bila aku jalani pagi,petang,siang dan malam.

Orang yang sangat istimewa,

jelmaan sesuatu yang indah.

Tuhan telah berikan sangat banyak hadiah untuk aku.
Mereka ini, adalah hadiah paling besar,

yang datang dalam pelbagai bentuk.

Aku panggil mereka dengan nama abang, kakak dan adik.

Walau apa pun panggilan utk mereka.

Tetap mereka yang terbaik.
dalam menerima dan memahami aku.
Mereka...pelangiku =)

Monday, August 25, 2008

My Greatest Gift of All...

I wanted to say thanks,
to my 'guardian angel'...
who owns my greatest love and respect.


Terima kasih untuk abah,
kerana ajar ayong jadi kuat,

ajar ayong untuk hidup,
ajar ayong tentang segalanya.

Terima kasih,

kerana besarkan ayong,

kerana tidak pernah putus harapan,
kerana menjadi penyokong maha hebat,
kerana selalu percaya pada ayong,

kerana selalu ada...


Terima kasih untuk ibu,

kerana melahirkan, membesarkan,

dan terus meyakini.


Terima kasih,

atas doa yang tidak pernah putus,

atas semua yang telah ibu berikan kan.

Untuk keduanya,

aku ingin ciptakan pelangi, awan biru dan benua hijau...
aku ingin ujudkan segala yang tidak pernah ada.

Untuk semua yang telah mereka berikan, lalui dan tanggung...
I cannot ask for a better parent.


YOU ARE MY GREATEST GIFT OF ALL!




Saturday, July 26, 2008

mana Otak?

Pagi tu bila bangun,

Law of attraction dah slack…

Rupanya ada manusia yang tak macam manusia,

Monday, July 21, 2008

Di "Civil Division"...

Pegang buku lagi,
pergi library…
bila nak cari kes,
bila nak buat research,
bila bos suruh,
Bila ngantuk and bila malas…
Hari2 sama,
Aku cari kelainan, cari jiwa dalam hati yang kosong.
I wish to find peace by accepting what’s true in the present moment.
I don’t want anymore to resent it or trying to pretend things are different.
I know, somehow, it will be my source of great healing & empowerment.