CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 11, 2011

Keikhlasan dalam Keterpaksaan...





Bila manusia 'dipaksa' untuk menerima hentaman,

apakah ada keikhlasan dalam keterpaksaan menerima?

Lalu aku tanyakan pada diri,

Hidup bagaimana yang aku mahu?

Lepas, bebas, tidak bekerja dan bersenang lenang,

sambil nikmati anggur di tepi Sungai yang alirannya damai..

HA HA HA..

DREAM ON!

Selamanya tak akan jadi realiti,

Kerna rehat manusia yg sebenarnya hanya di SYURGA ILLAHI !!!


"Aku pilih syurga walau lalunya berliku, kerna syurga itu indah!"

Monday, August 8, 2011

:'(




Hari ini, abah menangis lagi...
bila aku memilih ia untuk indah...
Apa yang harus aku lakukan bila yang lain tidak...

Moga Allah hadirkan tenang pada belahan jiwaku itu...

" SELAMANYA CINTA AYONG MILIK IBU & ABAH!

Monday, July 4, 2011

...

Allah telah tanyakan pada manusia
Apa kamu tahu erti CINTA?
Manusia dabik dada
dan tunjukkan padanya NAFSU!

Allah telah soalkan pada manusia
apa kamu lupa padaNYA?
Manusia geleng kepala,
sambil berpaling darinya...

Allah ajukan lagi pada manusia
apa kamu gembira?
apa denyut nadi kamu tenang?
bila nafsu kamu katakan cinta
bila ingatan padaNYA langsung kosong

Kaki, berhentilah melangkah
Mata, lorong itu kelam dan tidak pernah terang
Hati, syaitan itu bukan tuhan kamu!

Rebah...
Selaut air mata tak kan mungkin membasuh dosa,
Tuhanmu itu boleh memilih,
memilih untuk mencampakkan kamu jauh..
dalam nista, dalam keji.
Dia boleh jua memilih utk lupakan kamu
debu di jalanan lebih tinggi duduknya...
dari manusia yg berpaling dari tuhannya

Namun, Allah itu punya CINTA yg sgt banyak
Seagung namaNYA,
Dia memilih utk mengajar dari menghina,
memilih utk selalu memaafkan dari menghukum
memilih untuk selalu mencintai dari membenci
dan Allah,
telah ajarkan pada sekalian manusia..
pada aku...
Selayaknya CINTA itu bagaimana...

Thursday, March 31, 2011

Blog yang Bersawang




In life's there's always so many things to be complained, too many wishes not being granted and soo many unfulfilled desires. Thus life will never felt enough.


VICE VERSA


Hidup ini akan jadi penuh dan tidak kosong kiranya seorang melihat "dunianya" dr perspektif yang berbeda...Perspekstif yang jaauuuhhh lebih +ve. Maka...ayuh, kita sama-sama liberasikan diri masing-masing, dari pemikiran sempit, hasad dengki dan semua yang bisa membunuh jiwa!


But well, me too i have to agree, at some point, it is soo difficult to implement this +ve thought in my daily challenges. Easy said than done, huh?! I must confessed, it has been ages since i left this blog (dan tidak temui jalan pulang.)


Blog nie dah bersawang. Lelabah pun dah penat nak pintal sawang. Erm, maybe i should write often, though I'm bad in it writing (i even hate writing....sometimes) Maybe,who knows...maybe...this thought of mind would flow to others...


Just a mundane way of sharing "what's up" in my mind" =)


Saturday, November 21, 2009

An epilogue


Sedih itu boleh, Rasullah S.A.W tercinta turut menitiskan airmata bila insan-insan yang paling dikasihinya 'pergi' meninggalkannya.
Namun, teman...jangan biar sedih itu selamanya mencengkam hati , meragut jiwa...hati bisa mati...

Font size



p/s:  تذكير لنفسي

CUBA KAMU BERITAHU AKU?!

Mengapa manusia sgt suka menyalahkan manusia yg lain…

Salah atas semua hal,

Salah kerana GENDER…

Salah kerana AGAMA…

Salah kerana BANGSA…

Salah kerana NEGARA…

Salah kerana SEMUA…

Habis?

Siapa yg betul kalau semua org salah?!

Kamu?

Ini hakikat yg ramai gagal untuk faham,

Sekiranya semua kita fahami peranan masing2

Peranan kamu dan aku…

Maka kamu dan aku akan sedar bahawa

Walau apa GENDER,agama, bangsa, negara sekalipun kita…

Aku tahu kamu perlukan aku…sebagaimana aku perlukan kamu…

Fahami itu..

atau pendapat ini juga salah pada kamu?!

Monday, August 3, 2009

Matahari Berikan TerangMU...

Cinta boleh bertumbuh dengan hebat kiranya mentari terus menyinari...
andai selalu ada awan gelap , pohon cinta mungkin dipaksa untuk mati,
meski ia sangat ingin terus hidup untuk tebarkan kasihnya...