CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, January 4, 2009

HARI BINTANG JATUH

Pada hari bintang jatuh,
aku berlari kutip semua,
mahu tampalkan semula ke dada langit,
kerana aku tahu langit pasti mendung.
meganya berarak lesu,sedih,suram.
permata langit telah hilang.

Pada hari bintang jatuh,
aku berlari kutip bintang
mahu pulangkan semua pada langit
supaya langit kembali senyum



0 comments: